mutakhir

Lelaki keluar lokap bakar diri

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Pelanggan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, Bukit Raja, di sini, gempar apabila seorang lelaki bertindak membakar diri menggunakan petrol daripada sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, seorang lelaki yang sedang mengisi petrol meninggalkan kenderaannya dengan nozel masih di tempat minyak sementara isterinya di dalam kereta.

Bagaimanapun, sejurus meninggalkan kenderaannya untuk ke tandas, mangsa secara tiba-tiba mengambil nozel petrol berkenaan dan mencurahkan pada badan sebelum bertindak membakar diri.

Menurut sumber, mangsa baru saja dilepaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan jam 8.30 malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 13, 2015 @ 10:23am
d