mutakhir

'Saya gurau aje'

Kuala Lumpur: Pelawak, Ajak Shiro enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi gambar seekor ular melingkar pada badan anaknya yang sedang tidur di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Ajak atau nama penuhnya Mohamad Hanaffi Razak, 29, berkata, gambar lama itu dikongsikan pada akaun Instagram peribadinya sekadar untuk tujuan bergurau dan tidak menyangka ia menimbulkan salah faham kepada pihak tertentu.

“Itu gambar lama sebenarnya. Itu yang saya malas hendak layan dan jawab. Nanti lagilah besarkan hal ini sedangkan tak ada apa-apa pun,” katanya.

Kekecohan timbul semalam apabila anggota kumpulan pelawak Shiro itu dikecam kerana mengambil gambar anak lelakinya yang sedang tidur sambil seekor ular melingkari tubuh kanak-kanak itu.

Berikutan penyebaran gambar itu, Ajak dihentam kerana sanggup merisikokan keselamatan anaknya hanya kerana tujuan bergurau.

Disiarkan pada: April 14, 2015 @ 10:10am
d