mutakhir

Basuh luka duit palsu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Sekumpulan tiga pelajar Afrika dikesan menggunakan cecair pembasuh luka iodin dan bedak penyejuk badan untuk memperdaya ramai ‘mangsa tamak’ membabitkan kerugian berjuta ringgit.

Suspek berasal dari Cameroon dan Guatemala itu, dikesan menyasarkan ahli perniagaan tempatan dan Singapura yang teruja mahu menjadi jutawan segera.

Suspek didakwa memiliki dan mampu mencuci ‘Black Money’ sebelum kertas itu bertukar menjadi not kertas Dollar Amerika (AS Dollar).

Difahamkan mangsa diperdaya selepas diminta membayar ratusan ribu ringgit atau Dollar Singapura sebagai tukaran mendapatkan lebih AS$ 5 juta (RM18.5 juta).

Suspek akan melakukan demonstrasi khas menukarkan wang kertas palsu direndam terlebih dahulu di dalam iodin menjadi not kertas AS Dollar menggunakan cecair peluntur khas di bilik hotel mewah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 14, 2015 @ 10:13am
d