mutakhir

'Jangan kutuk mak saya'

Oleh Salman Hamat dan Syamimi Jamil

Bukit Mertajam: “Boleh kata apa sahaja kepada saya, malah dengan gelaran paling buruk juga tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali mengutuk ibu saya,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meluahkan rasa kesal dan sedih selepas pihak tidak bertanggungjawab menggelarkan ibunya dengan panggilan khinzir.

Beliau sedar pelbagai tohmahan dan gelaran tidak baik diberikan kepadanya serta tersebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang marah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan.

Katanya, tidak kurang ada pihak memutar belit kenyataannya hingga isu berkenaan tersebar melalui media sosial menjadi bahan jenaka masyarakat di negara ini.

“Jangan kaitkan ibu saya dengan GST kerana beliau langsung tidak ada kena-mengena dengan perkara ini dan untuk pengetahuan, ibu saya penoreh getah yang buta huruf, namun tahu membaca al-Quran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 16, 2015 @ 9:02am
d