mutakhir

Rebah di lapang sasar

Oleh Yahya Awang

Taiping: Seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Cawangan D9 (Task Force) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia ketika mengikuti latihan menembak di Lapang Sasar Latihan Tembak Sungai Bayur, Selama, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi, Koperal Wan Marzuki Wan Othman, 52, yang menyertai latihan tembak tahunan anjuran IPD Taiping itu dikatakan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Selama, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, arwah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 11.45 pagi ketika berada di wad kecemasan hospital.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 17, 2015 @ 10:32am
d