mutakhir

Bini 'puntianak'

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Teluk Intan: Seorang kontraktor lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas tangan kirinya digigit isterinya dipercayai berpunca daripada pertengkaran di rumah mereka di Kuarters Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa, 31, dan isterinya, 30, bertengkar di hadapan anak mereka dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga.

Sumber berkata, isteri mangsa menjerit memarahi mangsa sehingga menyebabkan mangsa yang tidak mahu pergaduhan itu disaksikan anak mereka terus mengambil kedua-dua anaknya dan ingin keluar dari rumah berkenaan.

Katanya, isteri mangsa yang tidak berpuas hati selepas gagal mendapatkan penjelasan daripada mangsa berhubung masalah mereka itu bertindak menggigit suaminya di tangan sehingga terdapat kesan lebam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 17, 2015 @ 10:36am
d