mutakhir

Bukan ribut tapi Pak Belalai

Oleh Norasikin Daineh

Tawau: Penduduk Kampung Kuala Merotai, dekat sini, yang kehairanan apabila mendapati pokok sawit mereka rosak teruk seperti dilanda ribut terkejut apabila mendapati tanaman itu menjadi sumber makanan tiga gajah liar yang berkeliaran di kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Kehadiran haiwan liar itu menyebabkan 200 penduduk kampung bimbang ke kebun selain terpaksa menanggung kerugian apabila tanaman mereka dimusnahkan kumpulan gajah.

Penduduk, Rubiah Ahmad, 30, berkata, kehadiran gajah itu mula disedari selepas beberapa pekebun melihat kelibatnya di ladang masing-masing sehingga ada yang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

“Kami menyedari gajah ini mula mengganas apabila memusnahkan pokok kelapa sawit sehingga tumbang.

“Penduduk yakin gajah ini dipercayai tersesat dari Maliau Basin sebelum tiba di kampung ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 17, 2015 @ 10:55am
d