mutakhir

Inisiatif demi kebajikan ahli

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak dakwaan inisiatif penambahbaikan yang diperkenalkan itu adalah bersifat membantu kewangan kerajaan, tetapi lebih kepada tanggungjawab ahlinya.

Malah, KWSP yang mempraktiskan operasi pelaburan secara profesional juga menafikan strategi baru itu adalah untuk membantu mana-mana syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, setiap pelaksanaan pelaburan yang dilakukannya adalah bersifat profesional dan tidak bersandarkan kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, langkah baru yang dicadangkan itu juga bagi membantu ahli KWSP untuk mengkaji dan memberi maklum balas kepada pihaknya.

“Salah satu cadangan yang tersenarai ialah melanjutkan tempoh pengeluaran dari usia 55 ke 60 tahun dan terdapat dua opsyen bagi untuk ahli membuat pilihan kerana kedua-duanya mempunyai kebaikan untuk tabungan masa depan.

“Selain itu, salah satu skim menarik dicadangkan ialah sumbangan minimum yang mana ia dapat membantu 30 peratus ahli kita berpendapatan rendah seterusnya meningkatkan jumlah tabungan apabila mencapai usia bersara,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 21, 2015 @ 10:54am
d