mutakhir

100 murid iringi pengebumian Cicik

Sungai Buloh: Jenazah Sarah Aini Rosli atau Cicik, 8, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Sempak jam 10.15 pagi semalam.

Sebelum itu, jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak di sini.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila lebih 100 murid tahun dua Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak hadir memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Selain saudara mara, turut menziarahi allahyarham termasuk guru Sekolah Kebangsaan Merbau Sempah serta penduduk kampung.

Cicik yang menderita kanser otak sejak lebih dua bulan lalu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh jam 2 petang kelmarin selepas mengalami sesak nafas.

Bapanya, Rosli Abdullah, 48 ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan anaknya itu dan memberikan sokongan kepada keluarganya selama ini.

Disiarkan pada: April 21, 2015 @ 12:04pm
d