mutakhir

Hempap 8 kenderaan

Taiping: Lapan kenderaan yang diletakkan di dalam dan luar kawasan Pejabat Pos Taiping di sini, rosak dihempap dahan pokok warisan dengan berukur lilit satu meter yang tumbang dalam kejadian ribut, 4 petang kelmarin.

Dua van, Proton Exora dan empat motosikal diletakkan di pejabat pos, Toyota Vios diletakkan di luar pagar mengalami kerosakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata, ketika tiba di tempat kejadian, anggota bertugas mendapati satu dahan besar pokok warisan dipercayai berusia 50 tahun patah dan menghempap serta merosakkan lapan kenderaan.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ainul Shariman dibantu enam pekerja Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bertungkus-lumus memotong serta membersihkan dahan dan ranting berkenaan.

Disiarkan pada: April 23, 2015 @ 10:07am
d