mutakhir

Sampai hati awak!

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Kelicikan seorang gadis berusia 20-an memperdaya teman lelaki baru dikenali yang juga orang kelainan upaya (OKU) menerusi laman sosial bagi mendapatkan habuan telefon bimbit dan motosikal tidak berjaya apabila dia ditahan polis dalam kejadian di Segamat Baru, di sini, kelmarin.

Tembelang gadis terbabit terbongkar apabila mangsa yang berusia 27 tahun memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

Malah, suspek dikatakan tidak berhati perut kerana membiarkan teman lelakinya tidur di kaki lima berdekatan kediamannya dan bermalam dalam keadaan kesejukan.

Bapa mangsa, Mohd Johan Joran, 62, berkata, kejadian itu disedarinya selepas anaknya, Mohd Safik yang pekak dan bisu sejak dilahirkan tidak pulang ke rumah pada 21 April lalu.

“Saya cuba menghubungi anak jam 4 petang, namun panggilan tidak berjawab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 25, 2015 @ 4:49am
d