mutakhir

Karier tiup bibit cinta

Oleh Shakilawati Abd Rahman

Seri Kembangan: Hanya sekali lafaz, vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, dan Aida Azira Hussin, 28, selamat diijab kabul dalam majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City pada 9.24 pagi semalam.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Ustaz Mohd Ramizi Ramlee dan berwalikan abang Aida, Azree Hussin dengan disaksikan keluarga serta sahabat handai.

Aida yang bertugas sebagai penerbit Hip TV, TV9 menerima mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Sam yang juga abang kepada pelakon jelita, Siti Saleha menerima tiga dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu cincin, senaskhah al-Quran serta sejadah.

Majlis persandingan bertemakan dalam taman ala Greek turut diadakan di lokasi sama pada tengah hari.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 26, 2015 @ 5:20am
d