mutakhir

Pesawat 'pelaris'

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Kota Bharu: Umum mengetahui kapal terbang digunakan sebagai pengangkutan udara, namun seorang ahli perniagaan, di sini, sanggup melabur lebih RM100,000 bagi membeli pesawat ringan terpakai jenis Cessna Diamond 401 yang mahu dijadikan hiasan.

Ahli perniagaan itu yang juga Pengarah Eksekutif Restoran Kapal Terbang Mohd Taufik Abdullah berkata, pesawat itu akan menghiasi restoran eksklusifnya yang akan dibuka pertengahan Mei ini di Lundang, di sini.

Katanya, pesawat itu juga akan menjadi mercu tanda dan tarikan utama pengunjung ke restoran berkenaan.

“Sesuai dengan nama restoran, saya tampilkan hiasan daripada pesawat ringan sebenar untuk mudah diingati orang ramai. Lagipun kanak-kanak pun suka kapal terbang.

“Saya beli pesawat terpakai ini dengan harga lebih RM100,000 untuk diletakkan di bahagian atas restoran.

“Saya sudah mengeluarkan RM5 juta bagi pembinaan restoran ini sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada perarakan pesawat itu ke Restoran Kapal Terbang, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 27, 2015 @ 8:09am
d