mutakhir

Kritikal akibat goncangan

Ipoh: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan kini koma dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dipercayai akibat pendarahan pada otak ketika mangsa berada dalam jagaan seorang pengasuh di Medan Klebang Prima, pada Khamis lalu.

Menurut sumber, bayi malang itu dipercayai mengalami kecederaan yang menunjukkan ‘shaken baby syndrome’ atau sindrom goncang bayi dan kini bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan.

Sumber berkata, kejadian berlaku pada jam 9 pagi Khamis lalu, selepas pengasuh terbabit menghubungi penjaga bayi berkenaan memaklumkan bayi itu dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

“Penjaga bayi terbabit adalah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai peniaga dan menurut wanita terbabit, keluarga bayi berkenaan menyerahkan bayi itu sejak lahir lagi serta dia menghantarnya kepada pengasuh untuk menjaganya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 27, 2015 @ 8:36am
d