mutakhir

'Macam nak kiamat'

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: “Suasana macam nak kiamat, jalan dan bangunan kelihatan macam ombak. Jeritan meminta tolong dan tangisan berselang seli, malah ada juga yang pengsan akibat kejadian itu,” kata Shahrom Abdullah, 36 seorang peserta Ekspedisi Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B).

Dia yang ketika itu sedang berada di bandar Nepal bersama 12 peserta lain untuk membeli barang sebagai persediaan ekspedisi sebelum dikejutkan dengan kejadian gempa berukuran 7.9 skala Ritcher.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka hanya memikirkan keselamatan diri serta memastikan semua ahli pasukan selamat.

“Sudah beberapa kali saya berdepan kejadian gempa termasuk di Chiang Rai, Thailand, tetapi ini gempa paling kuat yang pernah saya alami sehingga menyebabkan saya agak trauma terutama selepas melihat keadaan sekitar yang rosak teruk akibat kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 28, 2015 @ 9:54am
d