mutakhir

Senjata makan tuan

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan DJ Dolasoh

Pengkalan Hulu: Seorang pemuda maut apabila dipercayai tertembak dirinya sendiri dengan senapang patah milik bapanya selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira empat meter di Jalan Kampung Kuak Tengah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Mohd Zaidi Mohd Hamdi, 32, yang menetap di kampung berkenaan dikatakan dalam perjalanan memburu babi hutan di kawasan pinggir kampung dengan menaiki motosikal bersendirian dan membawa senapang milik bapanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan tembakan di bahagian rusuk kiri yang tembus hingga ke bahagian belakang bahu kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mangsa dipercayai tertembak diri sendiri selepas terbabit dalam kemalangan itu ketika dalam perjalanan untuk berburu bersama rakannya.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan membawa senapang patah milik bapanya yang juga seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk berburu babi hutan yang dikatakan sering merosakkan tanaman penduduk kampung dengan menaiki motosikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 28, 2015 @ 10:11am
d