mutakhir

Tumpas dengan tiga das

Johor Bahru: Tiga penjenayah yang paling dikehendaki berkaitan beberapa kes samun di negeri itu ditahan hanya lima jam selepas mencuri Proton Preve dalam kejadian mengejar sejauh kira-kira dua kilometer sebelum kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Persiaran Senibong, Kampung Senibong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiga penjenayah bukan saja nekad melarikan diri hingga merempuh kenderaan awam, malah cuba melanggar polis menyebabkan anggota bertugas terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikepung polis.

“Dalam kejadian itu sebuah kereta peronda mengesan Proton Preve dinaiki ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Permas 7, Permas Jaya.

“Siasatan mendapati kenderaan dinaiki tiga lelaki berkenaan dilaporkan disamun daripada seorang pegawai eksekutif swasta di Jalan Bendahara, Bukit Saujana di sini, kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 28, 2015 @ 10:12am
d