mutakhir

'Kota hantu' sunyi sepi

Oleh Ikram Ismail

Shah Alam: Keadaan bandar Kathmandu selepas gegaran gempa bumi yang tidak berpenghuni diibaratkan seperti ‘kota hantu’.

Itu perkara pertama terlintas di fikiran peserta ekspedisi KE7B Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Nazahiyah Mohd Hadzir, 29, selepas kejadian gegaran berukuran 7.9 skala Richter pada Sabtu lalu.

Dia antara 104 rakyat Malaysia yang selamat tiba jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang menaiki pesawat C130 Hercules selepas terkandas di Nepal akibat Lapangan Terbang Antarabangsa Thribuvan, Kathmandu ditutup sementara.

Nazahiyah berkata, ketika kejadian jam 12 tengah hari Sabtu lalu, dia berjalan keluar dari hotel di Thamel Road untuk makan tengah hari.

“Secara tiba-tiba gegaran kuat berlaku dan saya pandang ke atas serta melihat bangunan bergegar disusuli serpihan batu kecil jatuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 30, 2015 @ 10:05am
d