mutakhir

Parah ditetak di parkir

Perai: Amukan sekumpulan samseng berparang menyebabkan dua lelaki parah apabila ditetak dengan kejam di kepala dan juga badan ketika mereka berada di kawasan parkir sebuah flat, di sini, pagi kelmarin.

Sebelum kejadian jam 6 pagi itu, dua mangsa berusia 26 dan 28 tahun terbabit dikatakan ke rumah rakan mereka di flat berkenaan, namun sejurus turun dari kenderaan, kedua-duanya terus diserang dan ditetak bertubi-tubi.

Menurut sumber, mereka tidak sempat mempertahankan diri selepas diserang enam lelaki bersenjatakan parang itu yang dikatakan memang merancang dan menunggu kedua-duanya di flat berkenaan sebelum menyerang mereka secara mengejut.

“Mangsa yang berusia 28 tahun parah selepas terkena tetakan di kepala dengan kesan koyak 10 sentimeter (sm), belakang badan 21(sm) dan juga dikelar di muka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 2, 2015 @ 9:41am
d