mutakhir

Peniaga rugi kerap banjir

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kapar: “Sampai bila hendak hidup begini? Setiap kali hujan lebat dua hingga tiga jam, kawasan ini dinaiki air. Kami sudah penat menghadapi semua ini,” luah Siti Nazzatol Akma Ismail, 42, peniaga makanan di Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini, yang menjadi mangsa banjir setiap kali hujan lebat di kawasan itu.

Menurutnya, setiap kali banjir kilat berlaku di kawasan berkenaan, dia terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.

Katanya, keadaan bertambah teruk apabila bahan mentah yang disimpan di premisnya rosak akibat terkena air malah terpaksa membersihkan gerainya selepas air surut.

“Kami sudah penat kerana setiap kali banjir kilat berlaku, kami terpaksa memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi, dan selepas banjir pula saya dan pekerja terpaksa membersihkan lumpur dan sampah sarap akibat banjir di kawasan gerai bagi memastikannya sentiasa bersih.

“Sejak berniaga di sini pada 2010, sudah tiga kali gerai nasi beriani saya dinaiki air dan kejadian pada Mac lalu adalah kejadian paling teruk yang dialami kerana air naik sehingga 0.5 meter malah banjir juga lambat surut walaupun hujan sudah berhenti lebih 24 jam,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 3, 2015 @ 8:36am
d