mutakhir

Lelaki Malaysia ditahan di Thailand bersama 64 kg ganja

Kota Bharu: Seorang warga Malaysia ditahan polis Thailand bersama 64 kilogram (kg) ganja mampat bernilai RM130,000 di Danok, Thailand, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 8.05 malam (waktu Malaysia) lelaki berusia 52 tahun dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa cuba masuk ke Malaysia menerusi sempadan Perlis-Thailand bersama dadah berkenaan.

Polis Thailand turut merampas beberapa keping wang tunai dalam mata wang bhat.

Sumber Polis Thailand berkata, suspek ditahan sendirian ketika memandu kereta jenis Toyota Camry untuk masuk ke Malaysia.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui empat beg mengandungi 64kg ganja mampat dianggarkan bernilai RM130,000.

“Kita percaya dadah itu diseludup dari Laos dan diproses di Danok sebelum ia dibawa masuk ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, Polis Thailand menyiasat di mana dadah itu diedarkan.

“Lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut dan dia didakwa di mahkamah selepas siasatan selesai,” katanya.

Disiarkan pada: May 3, 2015 @ 9:08am
d