mutakhir

Bumi terus 'marah'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: Kegusaran berhubung kemungkinan gempa bumi menyamai tragedi buruk gegaran 7.9 skala Richter menggoncang Kathmandu, Nepal, 25 April lalu, berulang dianggap berasas apabila puluhan gempa bumi melebihi 4 skala Richter dikesan berlaku sejak Jumaat lalu.

Lebih mengejutkan apabila gempa bumi susulan dengan gegaran kuat turut dicatatkan berlaku di seluruh dunia dan kian aktif dikesan.

Antara kejadian gempa bumi kuat dikesan berlaku di Papua New Guinea jam 6.06 petang waktu tempatan Jumaat lalu dengan kekuatan 6.7 skala Richter.

Kajian Geologi Amerika Syarikat merekodkan gempa susulan di lokasi sama meningkat kepada 7.1 skala Richter tidak lama kemudian.

Kejadian itu yang dibimbangi menyebabkan berlaku tsunami bagaimanapun berakhir tanpa kehilangan nyawa apabila amaran tsunami itu ditarik semula.

Pakar Geologi British Dr Roger Musson dipetik berkata, gempa bumi di Papua New Guinea itu mempunyai kaitan dan persamaan dengan gempa bumi di Nepal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 4, 2015 @ 10:39am
d