mutakhir

Harga sama 11 tahun

Oleh Norfaisal Jahuri

Melaka: Peningkatan kos barangan setiap tahun bukan alasan buat pengusaha dan pembekal cendol di Kampung Bukit Duyong, di sini, untuk menaikkan harga jualannya sejak 11 tahun lalu.

Pengusaha Azizah Hussin, 47, mengakui dia masih mengekalkan harga jualan cendol pada RM3 sekilogram atau RM2.50 bagi sukatan 800 gram.

Ibu kepada lapan anak itu berkata, dia masih mampu menyerap kos peningkatan bahan mentah sejak memulakan perniagaan pada 2004, demi mengurangkan bebanan peniaga cendol yang mendapatkan bahan asas itu daripadanya.

Menurut Azizah, bahan mentah membuat cendol seperti tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan sagu meningkat hampir setiap tahun dan dia tidak pernah terfikir untuk menaikkan harga jualannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 5, 2015 @ 10:08am
d