mutakhir

'Henti guna nama saya'

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: “Saya harap pihak berkenaan supaya berhenti menggunakan nama saya dan keratan akhbar untuk melariskan produk mereka atau berdepan tindakan disaman. Sudah banyak saya menerima aduan pelanggan yang tertipu malah sudah membuat laporan polis.”

Demikian amaran tegas Khamarul Rezan Lim Abdullah, 58, kepada individu yang menggunakan namanya untuk menjual daun rerama selepas kisah penemuannya terhadap khasiat tumbuhan itu yang didakwa berkesan merawat barah, Sistem Lupus Erithematosus (SLE) dan penyakit lain berkaitan sel darah disiarkan muka depan Harian Metro 4 Februari lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil untuk menjual daun berkenaan dan hanya menguruskannya sendiri dengan bantuan anaknya.

“Saya tidak kisah jika ada orang lain mahu menjual daun rerama kerana ia tumbuhan milik Allah tetapi apabila mereka menggunakan nama saya termasuk keratan akhbar Harian Metro untuk melariskan produk, itu sudah melampau dan perlu dihentikan.

“Ada beberapa pesakit telefon saya selepas memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun individu dan terkejut apabila pesakit berkenaan memberitahu individu itu mengakui dia mendapatkan daun rerama dalam bentuk uncang itu daripada saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 5, 2015 @ 10:30am
d