mutakhir

'Dua anak mati terbakar'

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: “Tiga tahun lalu, adik mangsa mati terbakar selepas keretanya terbabit dalam kemalangan. Tidak sangka tragedi sama berulang terhadap seorang lagi anak saya,” kata bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 77.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi semalam, anak mangsa, Chong Kok Wee, 38, ditemui rentung di dalam keretanya model Proton Persona di persimpangan lampu isyarat Jalan Medan Putra 1, Bandar Manjalara di sini.

Mangsa yang berasal dari Sungai Chua, Kajang, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan tubuhnya hangus 100 peratus.

Difahamkan bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum segera memadamkan kebakaran itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 6, 2015 @ 9:40am
d