mutakhir

Treler 'beli' ubat

Oleh Muhammad Hairi Azmi Tham

Sungai Siput: Sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat yang menempatkan kedai ubat runtuh keseluruhan bahagian hadapan selepas dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Jalan Besar, berhampiran Plaza Sungai Siput, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, pemandu lori berkenaan nyaris maut selepas kenderaan yang dipandu melanggar bas dan kereta sehingga menyebabkannya terbabas merempuh kedai ubat berkenaan yang ketika kejadian masih belum mula beroperasi serta tiada penghuni.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemandu dan penumpang bas persiaran yang dirempuh kenderaan berat itu manakala kereta yang dirempuh itu pula diparkir berhampiran kedai ubat berkenaan tanpa pemandu atau penumpang ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 5.55 pagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 6, 2015 @ 9:47am
d