mutakhir

Saya nak kahwin!!!

Oleh Michelle Gun

Kuala Lumpur: Pelakon Fahrin Ahmad, 36, mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, Sabtu ini.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan siapa bakal isterinya dan hanya akan memperkenalkan wanita itu kepada media di majlis itu nanti.

Fahrin berkata, dia memilih merahsiakan mengenai perkahwinannya atas permintaan keluarga pihak wanita.

“Saya meminta media tidak mendesak untuk mendedahkan identiti bakal isteri dan tunggu pada majlis nanti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, peminat turut diminta tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengungkit semula kontroversi yang pernah membabitkannya sebelum ini.

“Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai identiti bakal isteri akan dirahsiakan sehingga hari pernikahan kerana tidak mahu orang ramai mengeluarkan kata-kata kurang enak di laman sosial,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 6, 2015 @ 10:29am
d