mutakhir

Azab 'sakti'

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Tindakan menyarung ‘cincin sakti’ pada kemaluan kononnya untuk meningkatkan keupayaan seksual sebaliknya menyebabkan seorang pemuda menderita hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan menanggung azab sakit sebelum meminta bantuan pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menanggalkan cincin besi keluli itu.

Doktor yang merawat mangsa petang semalam, bagaimanapun terpaksa menghubungi sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa untuk memotong cincin itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan HKL berhubung insiden itu jam 3.46 petang semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bomba dikerah bagi misi membantu pihak hospital memotong cincin di kemaluan lelaki terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 6, 2015 @ 10:39am
d