mutakhir

Pil khayal refleksologi RM29j

Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan pil khayal Eramin 5 dikesan menjadikan premis rumah urut refleksologi di Bukit Bintang di sini, sebagai ‘stor’ untuk menyembunyikan 1.4 juta pil dadah itu.

Malah sindiket antarabangsa itu menggunakan taktik menyumbat bungkusan plastik berisi pil Eramin 5 itu ke dalam batang paip polivinil klorida (PVC) sebelum dibalut menggunakan kain putih.

Taktik itu bagaimanapun dibongkar Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia yang melakukan serbuan ke premis itu pada jam 10.50 malam, 30 April lalu.

Serbuan dilakukan anggota STING berdasarkan maklumat dan kerjasama Biro Penyiasatan Jenayah Polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan dilakukan di dua tempat iaitu di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di sini.

Menurutnya, polis menahan enam individu membabitkan tiga warga tempatan, dua lelaki warga Taiwan dan seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 60 tahun yang dikenal pasti anggota sindiket itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 7, 2015 @ 10:26am
d