mutakhir

Ambil air tujuh kuala

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Kuala Kangsar: Istiadat Siram Tabal sempena pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 disempurnakan dengan penuh adat istiadat Kesultanan Melayu Perak bermula di Jeti Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), di sini, semalam.

Istiadat mengambil air dari tujuh kuala di Sungai Perak di sekitar Kuala Kangsar itu bermula pada jam 9.35 pagi. Ia didahului perarakan tujuh kenderaan khas yang membawa bersama pasukan nobat diraja yang memainkan nobat sepanjang perarakan berlangsung.

Istiadat bermula di Sungai Kangsar diikuti Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Cermin, Sungai Buia dan berakhir di Sungai Menora.

Kenderaan khas itu turut membawa beberapa Panglima Bentara yang berpakaian merah terang berseluar hitam, 16 jejawat berlembing negeri serta tujuh orang Pawang Diraja yang membawa perkakas istiadat dan Toh Seri Nara Diraja Mohamed Sah Nong Chik.

Perkakas istiadat yang dibawa termasuk 16 geluk mas dihiasi daun nyiur muda berjari lapan, bekas perasap dan bekas beras kunyit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 8, 2015 @ 10:13am
d