mutakhir

Bantu warga emas miliki lesen motor

Pendang: Statistik kes kemalangan membabitkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu pada tahun lalu adalah sebanyak 224,173 kes berbanding 321,671 pada 2013.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Yusoff Ayob berkata, mengikut statistik, kes kemalangan membabitkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu menunjukkan penurunan sebanyak 97,498 kes.

Menurutnya, ia kemungkinan disebabkan kesedaran orang ramai yang mula mengambil lesen memandu selain operasi dijalankan JPJ di seluruh negara menyebabkan kadar kemalangan itu menurun.

“Selain itu, langkah kita menganjurkan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) iaitu membantu orang ramai khususnya warga emas berusia 45 tahun ke atas memiliki lesen memandu percubaan motosikal juga membantu penurunan kes.

“Program SKSJ ini diadakan di seluruh negeri dan di Kedah bermula pada 2009 di mana sehingga kini seramai 4,137 orang sudah berjaya memiliki lesen memandu motosikal,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Penutup SKSJ Daerah Pendang, di Dewan Felda Sungai Tiang, di sini, semalam.

Disiarkan pada: May 10, 2015 @ 8:19am
d