mutakhir

Simon lancar KempenHari Ibu Gintell 2015

Putrajaya: Pengunjung IOI City Mall, Putrajaya, cukup bertuah apabila berpeluang menemui artis terkenal antarabangsa, Simon Yam yang hadir bagi mempromosikan produk terbaru kerusi urut jenama Gintell.

Simon yang juga duta kerusi urut Wisdomatic Gintell De’Wise Gintell berkata, kehadirannya bukan hanya untuk mempromosikan produk berkenaan sebaliknya melancarkan Kempen Hari Ibu Gintell 2015.

Dia yang ditemui semalam berkata, Gintell turut memberi peluang dan ganjaran untuk golongan ibu dengan menawarkan rebat sehingga RM4,000 termasuk pelbagai hadiah hebat lain.

“Gintell terkenal sebagai pengeluar berkualiti tinggi dan peruncit antarabangsa dalam industri kerusi urut selepas dianugerahkan ‘Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Record pada Januari lalu.

Kerusi urut Wisdomatic Gintell De’Wise terbaru yang direka khas untuk memenuhi keperluan dan keselesaan semua golongan.

Ia juga tampil dengan tekanan penggulung 3D selain mampu menyesuaikan diri kepada bentuk badan pengguna secara automatik.

Gintell De’Wise ditawarkan dalam empat warna berbeza iaitu Rose Red, Pearl Black, Gloss Grey dan Champagne Gold.

Produk berkenaan kini dipasarkan pada harga RM19,988 dan kini boleh didapati di semua cawangan Gintell seluruh negara.

Gintell juga mengadakan siri jelajah promosi sempena Hari Ibu Gintell di Klang Parade dari 29 April hingga 12 Mei dan IOI City Mall, Putrajaya dari 30 April hingga 17 Mei.

Disiarkan pada: May 10, 2015 @ 8:51am
d