mutakhir

PATI dicekup leka berjudi

Alor Setar: Jabatan Imigresen Kedah Cawangan Sungai Petani menahan seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam pemeriksaan Ops Pintu di beberapa lokasi sekitar Sungai Petani, dekat sini, kelmarin.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Aidil Safri Adnan bersama tujuh anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke atas 73 warga asing di Tikam Batu, Bandar Puteri Jaya, Bandar Aman Jaya dan Taman Tunku Haminah.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi bermula jam 10 malam itu, seramai 12 warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, ada antara mereka sedang leka berjudi hingga tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa yang sudah membuat kepungan di sekeliling rumah sewa berkenaan.

Disiarkan pada: May 12, 2015 @ 10:33am
d