mutakhir

Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori

Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 186.8 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan maut akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Ahmad Termizi Hasan, 57, yang juga Penolong Pegawai Tadbir dari Institut Latihan Perindustrian Jitra, Kedah, tersepit pada bahagian hadapan kenderaan maut di tempat kejadian.

“Akibat perlanggaran terbabit, Proton Waja dinaiki mangsa hilang kawalan dan terbabas ke arah bertentangan,” katanya.

Disiarkan pada: May 15, 2015 @ 9:09am
d