mutakhir

Ajal jala umpan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Pasir Mas: Kegembiraan dua rakan baik menjala udang untuk dijadikan umpan memancing ikan bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas dalam kejadian di Sungai Batu Apal, To’ Uban, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 9.50 malam ketika mangsa, Nasaruddin Mohd Salin, 19, dan rakannya ke sungai itu untuk menjala udang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, El Taraff Mohammed Zachariah berkata, ketika menjala, mangsa terjatuh ke dalam sungai disebabkan tebing yang tidak rata dan licin.

“Rakan mangsa cuba menolongnya, namun tidak berjaya kerana keadaan yang gelap.

“Rakan mangsa kemudian minta pertolongan daripada penduduk kampung yang kemudian menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 17, 2015 @ 5:06am
d