mutakhir

Kebumi sebelah pusara bapa

Oleh Ibrahim Isa

Muar: “Alhamdulillah, jenazah kakak ipar selamat dikebumikan di sebelah pusara bapa.” Itulah luahan adik ipar Datin Habibah Mahmud, Dr Ahmad Fauzi Abu, 58, apabila jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Masjid, Parit Yusof Darat di sini, semalam.

Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, yang terkorban dalam nahas helikopter M-17 milik tentera Pakistan di Utara Lembah Naltar, Pakistan pada 8 Mei lalu itu, selamat disemadikan kira-kira jam 8.45 pagi.

Dr Ahmad Pauzi yag juga bekas Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berkata, sejak hampir sebulan lalu, arwah sering memberitahu adik beradiknya dia rindukan arwah bapanya, Mahmud Abdul Aziz, 80-an, yang meninggal dunia April lalu.

“Arwah sering menelefon keluarga termasuk isteri saya, Dr Hamimah dan lebih selesa meluahkan perasaan kepada adik beradiknya. Sejak hampir sebulan lalu, arwah menyuarakan kerinduannya kepada arwah bapanya.

“Mengenangkan keadaan itu, keluarga sebulat suara mahu arwah dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan kami bersyukur, kini semuanya sudah disempurnakan,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 17, 2015 @ 5:14am
d