mutakhir

Tak profesional

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Berang dengan kumpulan peminjam wang tanpa lesen atau ceti haram (along) yang galak menampal iklan perkhidmatan mereka di kawasan Menglembu, di sini, seorang pegawai polis mengeluarkan amaran keras kepada kumpulan terbabit melalui rakaman video, namun video berkenaan menjadi viral di media sosial susulan menggunakan bahasa kasar serta dilihat tidak profesional.

Pegawai polis terbabit yang juga Ketua Polis Balai Menglembu melalui rakaman video berkenaan memberi amaran kepada kumpulan along agar tidak menjadikan kawasan Menglembu sebagai sasaran mencari peminjam.

Berdasarkan video yang berdurasi 43 saat itu, pegawai terbabit juga dikatakan tidak profesional kerana mengeluarkan kata-kata kesat, berbaur ugutan serta mengajak mana-mana kumpulan along bergaduh dengannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kenyataan itu dikeluarkan oleh pegawai terbabit tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 18, 2015 @ 7:32am
d