mutakhir

Angin ahmar Gunung Lambak

Oleh Arifin Salleh

Kluang: Seorang lelaki berusia 43 tahun terpaksa melupakan niat menawan Gunung Lambak dekat sini, bersama keluarganya selepas dia mengalami angin ahmar ketika mendaki gunung berkenaan petang kelmarin.

Kejadian jam 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Shamsul Md Taufik, 43, dari Kampung Tengah, Kluang, melakukan aktiviti mendaki gunung terbabit bersama isteri dan dua anak perempuannya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Abd Satar Monel berkata, kejadian berkenaan disedari seorang anggota polis sejurus mendengar jeritan meminta tolong beberapa meter dari lokasi itu.

“Dia (anggota polis) yang berada di lokasi itu pergi ke arah suara berkenaan sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di samping isteri dan dua anaknya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini mangsa dikatakan pernah mengalami angin ahmar beberapa tahun lalu akibat penyakit darah tinggi dihidapinya.

Disiarkan pada: May 18, 2015 @ 7:43am
d