mutakhir

Siang pengawal malam penyamun

Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Siang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah manakala pada waktu malam aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun bersenjata.

Itu antara kegiatan penyamaran dua beradik berusia 21 dan 23 tahun yang diberkas polis selepas dikesan melakukan jenayah di sekitar daerah Sentul dan Gombak.

Lebih mengejutkan apabila suspek dikesan menyembunyikan pistol palsu yang digunakan untuk tujuan jenayah di atas siling pondok kawalan keselamatan sebuah sekolah di Kepong di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kegiatan suspek itu dikesan susulan penemuan sepucuk pistol berbalut sehelai kain yang disorokkan suspek di pondok pengawal sekolah bersama sebilah pisau Rambo.

Menurutnya, senjata model Revolver .38 itu ditemui pengawal keselamatan bertugas jam 10.24 pagi kelmarin sebelum menyerahkan senjata itu kepada pengurus syarikat keselamatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 19, 2015 @ 7:56am
d