mutakhir

Hidup daif lepas bencana

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Azlan Hafeedz

Gua Musang : Daif dan seakan berada pada zaman 1950-an. Itu gambaran boleh diberikan terhadap beberapa perkampungan di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai, di sini, mengharungi pasca banjir dalam keadaan masih serba kekurangan.

Dua jajahan di negeri Kelantan itu adalah yang paling teruk terjejas selepas banjir besar melanda kawasan berkenaan yang hampir memusnahkan struktur ekonomi dan sosial di jajahan itu.

Kehadiran wartawan bersama beberapa wakil Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara ke dua jajahan berkenaan selama dua hari mendapati masih terdapat penduduk yang belum mempunyai tempat tinggal.

Lawatan yang bermula pada Selasa itu, membawa wartawan dan wakil persatuan menyusuri Sungai Kelantan di Jajahan Kuala Krai menuju ke Kampung Mambong, di sini, yang mana terdapat 150 keluarga yang hidup daif dalam era pasca banjir.

Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari jeti Kuala Krai ke Kampung Mambong disambut mesra penduduk berkenaan yang sememangnya menantikan kehadiran kami bagi mendengar dan merasai sendiri kehidupan perit mereka selepas tragedi itu.

Kesusahan dan kesedihan hampir 600 penduduk di perkampungan terbabit sedikit terubat apabila persatuan menghulurkan bantuan keperluan asas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 19, 2015 @ 7:59am
d