mutakhir

'Tak minat Kabinet bayangan'

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berminat mengisi sebarang jawatan dalam senarai Kabinet bayangan seperti dicadangkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, usaha keras untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya lebih penting berbanding berbincang mengenai jawatan yang akan diisi oleh pimpinan dalam PR.

“Tak masuk nama saya pun tidak apa dalam Kabinet ini, tidak jadi masalah. Apa yang penting ialah kita menang dan bagaimana nak isi kemenangan,” katanya dalam program ‘Bicara Harakah’ di MyHarakah Bazar di sini, semalam.

Pembentukan Kabinet bayangan itu dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Ismail selaku Ketua Pembangkang baru selepas mengambil alih jawatan itu daripada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS tidak dapat menolak perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan dan ahlinya kerana ia sifat semulajadi manusia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 20, 2015 @ 7:39am
d