mutakhir

Cuaca panas hingga September

Kuala Lumpur: Malaysia diramal mengalami cuaca musim kering berterusan sehingga September ini berikutan perubahan permulaan Monsun Barat Daya.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, sepanjang tempoh berkenaan negara mengalami lebih banyak hari tanpa hujan.

“Keadaan ini berlaku di seluruh negara terutama Sarawak dan negeri pantai barat semenanjung kecuali Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Ini kerana berlakunya Monsun Barat Daya di mana terdapatnya peningkatan dalam bilangan titik panas.

“Malah, keadaan cuaca yang agak kering ini akan mengakibatkan jerebu,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline 1-300-22-1MET(638), laman sesawang, aplikasi myCuaca dan laman sosial MetMalaysia.

Disiarkan pada: May 20, 2015 @ 7:46am
d