mutakhir

Arwah kerap melenting

Oleh Azlan Hafeedz

Pasir Puteh: “Seminggu sebelum kejadian, arwah kerap buat perangai dan suka melenting sedangkan sebelum ini, dia tidak pernah bersikap begitu kerana dia seorang pendiam,” kata Abdullah Ahmad, 63, bapa kepada Zulkifli, 38, yang maut dalam kebakaran di Kampung Lepah, Selising, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5.15 petang itu menyebabkan dua rumah termasuk rumah Abdullah hangus terbakar dan mengorbankan Zulkifli yang juga orang kurang upaya (OKU).

Abdullah berkata, ketika kejadian, anak kedua daripada tiga beradik itu bersendirian di dalam biliknya dan terperangkap serta tidak dapat menyelamatkan diri.

Katanya, Zulkifli memang suka menyendiri dan berkurung dalam bilik selain tidak banyak makan sejak beberapa minggu lalu.

“Saya tak syak apa-apa dan anggap perkara itu biasa sahaja kerana Zulkifli memang begitu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 20, 2015 @ 7:51am
d