mutakhir

Izin periksa mental

Oleh Sarah Zulkifli

Kuala Kubu Bharu: Seorang guru sekolah rendah agama berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh teman wanitanya juga janda anak empat di depan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Abdul Ra’of Mohd Dimyati, 26, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulhelmy Hassan.

Tertuduh yang memakai baju hijau dan berseluar jean itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Datuk Hanif Hashim memohon mahkamah membenarkan anak guamnya ke hospital psikiatri untuk menjalani pemeriksaan mental.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 20, 2015 @ 7:57am
d