mutakhir

Bunuh rakan selepas minum

Ipoh: Seorang lelaki warganegara asing berusia 43 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai diketuk dengan benda keras dalam pergaduhan di sebuah restoran di Persiaran Pulai Baru 1, Simpang Pulai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa dipercayai minum bersama dua rakannya di restoran itu sebelum berlaku pergaduhan antara mereka sebelum mangsa dipercayai dipukul kedua-dua rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Anuar Othman berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa parah sebelum disahkan mati oleh pasukan perubatan.

“Mangsa parah di belakang kepala dan ketika kejadian mangsa dipercayai bersama dua rakannya minum di restoran berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

“Polis minta saksi tampil supaya kedua-dua suspek dapat dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Disiarkan pada: May 20, 2015 @ 8:19am
d