mutakhir

Gendang dah dipalu

Gelanggang pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan ke-61 bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 sudah dibuka.

Genderang juga sudah dipalu dan Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61 mengesahkan jawatan Presiden yang kini disandang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar Ahmad Awang yang juga bekas Naib Presiden dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu ialah bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Mohamad Sabu dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden parti.

Melihatkan kepada pencalonan bagi pertandingan dua jawatan tertinggi parti membuktikan bahawa pertembungan dalam PAS kini bukan antara golongan ulama dan profesional.

Ustaz Ahmad juga seorang ulama yang bertanding selepas memperoleh cukup pencalonan dari PAS Kawasan yang selesai bersidang baru-baru ini.

Abdul Hadi kini berdepan tekanan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang memutuskan hubungan dengannya sebagai pucuk pimpinan PAS.

DAP cuba masuk campur urusan rumah tangga PAS, kononnya dengan tindakan itu dapat mempengaruhi ahli PAS supaya menolak Abdul Hadi yang seolah-olah tidak ‘sebulu’ dengan pemimpin pakatan pembangkang lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 21, 2015 @ 8:20am
d