mutakhir

'Perbuatan kamu hina, keji'

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: “Perbuatan jenayah yang kamu lakukan keji dan hina. Kamu sanggup mencuri duit mangsa MH370 dan mencemarkan reputasi bank serta mencalarkan nama Malaysia di mata dunia. Ia perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,” kata Hakim Norsharidah Awang di Mahkamah Sesyen, semalam.

Norsharidah berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas empat pertuduhan mencuri wang daripada akaun simpanan milik seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tertuduh menukar pengakuan bersalah pada 28 April lalu ketika kes itu dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan dengan empat saksi dipanggil memberi keterangan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua hingga empat tahun serta tiga sebatan bagi semua pertuduhan itu, namun memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula semalam.

Basheer Ahmad didakwa atas empat pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan Tian Jun Wei di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang, di sini antara jam 10.02 pagi, 15 Mei tahun lalu dan 11.28 malam, 29 Jun tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 21, 2015 @ 9:16am
d