mutakhir

Curi RM77,530

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Shila Kanan, 34, dan memerintahkan hukuman bermula semalam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing antara 10 bulan hingga enam tahun terhadap Nur Shila bagi setiap pertuduhan dan memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak.

Kelmarin, suaminya yang juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, dipenjara empat tahun dan empat sebatan oleh mahkamah sama selepas mengaku salah atas empat pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan penumpang MH370.

Kedua-dua tertuduh pada 28 April lalu menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan dengan empat saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bermula 16 April lalu.

Terdahulu, dalam rayuannya, Nur Shila yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan dia menjaga tiga anak yang masih kecil dan seorang daripadanya masih menyusu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 22, 2015 @ 9:10am
d