mutakhir

Strategi pertingkat pendapatan isi rumah

Kuala Lumpur: Teras strategi digariskan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah sekali gus menambah baik kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Terdapat lima fokus utama iaitu meningkatkan taraf isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ke arah masyarakat kelas menengah, memperkasakan komuniti bagi membina masyarakat produktif, mentranformasikan luar bandar, mempercepatkan pertumbuhan wilayah ke arah keseimbangan geografi lebih baik dan memperkukuhkan peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC) untuk meningkatkan pemilikan kekayaan.

Bagi meningkatkan taraf isi rumah B40, tiga strategi menjadi tumpuan iaitu meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah, menangani kos sara hidup yang meningkat selain memperkukuh sistem penyampaian program.

Bagi usaha ke arah itu juga, kerajaan mengambil beberapa langkah merangsang pendapatan isi rumah antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan pasca menengah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 22, 2015 @ 9:31am
d