mutakhir

Dokumen hak rakyat

Kuala Lumpur: “Dokumen RMK11 (Rancangan Malaysia ke-11) bukan dokumen kerajaan semata-mata, ini hak rakyat dan memerlukan pembabitan masyarakat bukan saja di peringkat kepemimpinan,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri sehubungan itu menegaskan perpaduan, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi adalah asas utama dalam melaksanakannya memandangkan ia mesti dijayakan bersama.

“Kerjasama daripada segenap lapisan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan sebarang isu seperti perkauman menjadi asas penting kepada kejayaan RMK11,” kata beliau pada sidang media selepas pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, bagi memastikan pelaksanaannya tidak tersasar daripada matlamat asal maka intervensi sepanjang lima tahun mesti dilakukan bagi menilai semula segala rancangan.

Beliau berkata, kebiasaannya kajian separuh penggal dalam tempoh dua tahun akan dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 22, 2015 @ 9:33am
d